KUALA LUMPUR : Orang ramai kini boleh menikmati rasa 'daging' berasaskan tumbuhan yang bernutrisi lengkap dalam bentuk campuran kering yang pertama di Malaysia apabila apabila syarikat pemakanan multi-bijirin terbesar tempatan, GoodMorning Global Group Holdings Berhad melancarkan produk WonderMeat.

Menariknya, Pengerusi Eksekutif dan Pengasasnya, Datuk Dr Lim Sin Boon memberitahu, WonderMeat yang merupakan sebuah produk inovatif bioteknologi buatan tempatan itu mempunyai nutrisi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging haiwan.

“Bukan sahaja membuka peluang dan memberi pilihan kepada pengamal vegan untuk menikmati rasa daging berasaskan tumbuhan yang bernutrisi lengkap, tetapi ia juga akan membawa perubahan trend pengguna mengambil sumber protein dari haiwan ke tumbuhan,” katanya pada majlis pelancaran WonderMeat di sini, pada Khamis.
Dengan itu Sin Boon menjangkakan pelancaran itu akan memenuhi permintaan global yang semakin meningkat kepada penggemar makanan berasaskan tumbuhan.

Menurutnya, WonderMeat bukan sekadar produk makanan, malah bakal menjadi satu lonjakan ke arah masa depan yang mampan.


"Kami percaya bahawa teknologi makanan mempunyai potensi yang tidak terhad dan membuka jalan bagi kehidupan yang lebih sihat dan lebih lengkap," ujarnya.

Pada Julai lalu, syarikat berkenaan memperoleh dana sebanyak RM20 juta (AS$4.4 juta) daripada 1,046 pelabur dalam kempen pendanaan ramai ekuiti untuk memacu penyelidikan bioteknologi dan teknologi makanan syarikat ke peringkat yang lebih jauh lagi.


Bersesuaian dengan kempen Tiada Siapa Berlapar Sebelum Tidur. Produk GoodMorning turut melancarkan pakej GoodMorning Rahmah.

Inisiatif itu adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat dapat nutrisi dan diet seimbang.
Sementara itu, minuman pemakanan berasaskan tumbuhan GSure keluaran syarikat telah mendapat kelulusan Pusat Keselamatan dan Kualiti Makanan Kesultanan Oman pada Mac lalu.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, yang menyempurnakan majlis tersebut yakin, produk protein yang menjadi alternatif itu dapat bersaing dalam pasaran global dengan jenama-jenama lain, seterusnya memberi inspirasi kepada pembangunan makanan berasasakan tumbuhan.

Reported by: Astro Awani
Full article:
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/nikmati-daging-berasaskan-tumbuhan-keluaran-goodmorning-446759