Tak Sangka Makan Halia Boleh Kurangkan Sakit Sendi Hilangkan Loya Dan Kuruskan Badan!

This post is also available in: English

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Herba yang dipercayai baik untuk buang angin. Halia menjadi menu utama wanita berpantang dan sering digunakan dalam masakan. Tapi ramai yang tak tahu khasiat lain halia yang tak kurang hebatnya

#1 Legakan Mabuk

Bukan orang mengandung je mengalami masalah mabuk loya dan pening kepala… Kadang kala kita merasai simptom yang sama tanpa mengetahui sebabnya. Halia melegakan simptom ini dengan efisyen pada kadar tertentu. Tapi jangan pula diambil berlebihan.

#2 Mengurangkan Radang Otot

Dah lama tak exercise sekali exercise terus sakit-sakit otot… Sampai nak jalan pun tak boleh. Radang otot ni boleh diatasi dengan halia kerana kandungan di dalam halia bersifat anti radang. Tapi janganlah pula harapkan makan sekali halia terus sihat dan boleh terus berlari berpuluh kilometer.

#3 Sakit Sendi Tulang

Osteoarthritis antara masalah kesihatan biasa yang disebabkan oleh kemerosotan sendi. Kesannya sakit bila berjalan dan rasa kebas. Halia boleh meningkatkan kesihatan tulang dan mengurangkan kesakitan sendiri kerana ianya bersifat anti radang.

#4 Masalah Penghadaman

Sakit berulang-ulang dan rasa tak selesa di bahagian atas perut memang menimbulkan ketidakselesaan. Atasinya dengan pengambilan halia sebelum makan atau mencampurkan halia dalam makanan. Halia juga baik dalam mengurangkan paras kolesterol. Sebab itulah ramai yang mengamalkan jus halia setiap hari.

 #5 Legakan Senggugut

Senggugut atau kekejangan perut yang dialami kebanyakan wanita ketika datang bulan memang menyakitkan. Tahap kesakitannya berbeza-beza ada yang ‘manja-manja’ dan ada yang sampai mengganggu rutin harian. Kurangkan sakit senggugut dengan halia. Kandungan antioksidanya boleh lambatkan penuaan. Ini baru betul semakin hari semakin muda!

#6 Stabilkan Suhu Badan

Suhu badan menurun apabila usia meningkat. Apabila suhu badan menurun metabolisma badan akan menjadi perlahan dan badan senang gemuk dan letih kulit juga tidak berseri. Dengan pengambilan halia setiap hari boleh membantu mengekalkan suhu badan menggalakkan detoksifikasi dan memulihkan tenaga.

Memang banyak kebaikan halia sebab itulah herba ini dipercayai secara turun temurun. Selain dimasak dalam makanan dan dicampurkan ke dalam minuman ada cara lebih mudah untuk dapatkan kebaikan halia. Dapatkan GoodMorning VHalia minuman halia-bijirin yang komprehensif dengan 18 jenis bijirin penuh dan mengandungi 9 ramuan unik seperti halia buluh kurma quinoa merah B-Glukan lesitin lutein prebiotik inulin kalsium dan serat larut air.

Minuman halia-bijirin ini dihasilkan daripada Halia Buluh yang kaya dengan serat makanan mengandungi antioksida Gingerol yang tinggi berbading halia tempatan dan lebih efektif membuang angin dalam perut memperbaiki penghadaman memanaskan badan menggalakkan peredaran darah detoksifikasi dan anti-inflamasi.


GoodMorning VHalia dapat membantu mengawal paras gula dalam darah. Kandungan seratnya yang tinggi melambatkan penyerapan gula ke dalam darah dan menurunkan kolesterol. Barulah boleh bergerak aktif dan lakukan aktiviti kegemaran seperti video di atas.

Minuman ini sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh diambil sebagai pengganti makanan atau minuman sejuk mahupun panas dan boleh dicampur dengan GoodMorning VGrains. Hanya campurkan 3 sudu VHalia dengan air suam untuk minuman harian atau campurkan 6 sudu VHalia dengan air suam untuk menjadikannya pengganti makanan.


Datuk Wira Lee Chong Wei pun guna produk ni patutlah kuat dan bertenaga je. Layari laman web ni untuk info lanjut. Anda boleh dapatkan rebat RM2 dengan menggunakan promo kod: SINAR18 apabila membeli 1kg GoodMorning VHalia di www.goodmorning.com.my.

Tips dari : Tak Sangka Makan Halia Boleh Kurangkan Sakit Sendi Hilangkan Loya Dan Kuruskan Badan![/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][/vc_column][/vc_row]