Resipi Crème Brûlée Halia Gula Melaka oleh Dato’ Fazley Yaakob

This post is also available in: English 中文

Crème Brûlée Halia Gula Melaka oleh Chef Dato' Fazley Yaakob

Crème-Brûlée-Halia-Gula-Melaka

Bahan-bahan:

600ml krim putar

150ml susu segar

60g VHalia

30g gula kastor

35g gula Melaka

15g vanila

6 kuning telur

1 biji telur

Cara-cara:

  1. Panaskan krim putar bersama susu segar dan campurkan VHalia juga.
  2. Pukul telur bersama gula kastor dan gula Melaka di dalam mangkuk.
  3. Tuangkan krim putar dan susu segar yang telah dipanaskan sambil memukul telur sehingga adunan sebati.
  4. Tapis jika perlu dan kemudian tuangkan ke dalam acuan ramekin.
  5. Bakar di dalam loyang yang telah diisi dengan air panas pada suhu 170c selama 12 minit.
  6. Kemudian masukan ke dalam peti sejuk dan biarkan sejuk.
  7. Taburkan sedikit gula perang di atas dan bakar menggunakan blow torch dan sedia untuk dihidang.