Resipi Biskut Mentega Halia oleh Dato’ Fazley Yaakob

This post is also available in: English 中文

Biskut Mentega Halia oleh Chef Dato' Fazley Yaakob

Biskut-Mentega-Halia

Bahan-bahan:

130g mentega

15g gula icing

70g tepung

80g VHalia

¼ sudu kecil serbuk penaik

Esen vanilla

Serbuk kayu manis

Halwa halia

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu.
  2. Kemudian masukan esen vanilla dan serbuk kayu manis.
  3. Masukan tepung sedikit demi sedikit VHalia dan serbuk penaik.
  4. Bentukan menjadi saiz bebola yang dikehendaki.
  5. Letak beberapa halwa halia di atas dan tekan sedikit (atau campurkan halwa halia di dalam adunan)
  6. Bakar pada suhu 170c selama 10 minit dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.