Pemakanan & Stress

This post is also available in: BM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Pemakanan dan Stres

Tahun baru akan tiba tidak lama lagi dan biasanya setiap individu mempunyai azam untuk setiap tahun baru. Bertambahnya tahun bermaksud bertambahlah tanggungjawab seseorang itu. Ada kemungkinannya dengan bertambahnya tangguhjawab maka ada yang mungkin mengalami stres. Mengikut kajian 29% rakyat Malaysia pada 2018 berbanding 12% pada 2011 yang mempunyai masalah dalam menangani stres.

Stres merupakan perkara umum yang berlaku pada setiap manusia. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan stres seperti kerjaya keluarga serta persekitaran. Stres dapat didefinisikan sebagai ketidakupayaan seseorang untuk mengharungi atau menghadapi masalah yang sedang dialami mereka sama ada dari segi fizikal atau emosi. Masalah ini boleh berlarutan ke tahap yang berbahaya jika tidak diatasi dengan segera.

Salah satu isu yang terkesan dari stres adalah kesihatan diri. Stres boleh mengganggu ketidakseimbangan sistem hormon dalam badan. Ini berlaku terutama pada individu yang menjalani kehidupan tidak seimbang.

Bagaimana stres memberi kesan pada kesihatan?

1. ‘Food Craving’ / Mengidam makanan tidak sihat. Stres menghasilkan hormon cortisol dengan kadar yang tinggi & penyebab utama individu yang berada dalam stres mengidam makanan yang manis dan berlemak.
2. Pengambilan makanan segera Mudah tetapi makanan segera tidak mempunyai nutrisi seimbang & lebih banyak wang dibelanjakan untuk merosakkan kesihatan diri.
3. Penyimpanan lemak Stres membantu meningkatkan penyimpanan lemak & menambah size sel-sel lemak dengan lebih berkesan!
4. Diet tidak sihat Kebanyakan akan cuba menurunkan berat badan dengan cara yang cepat dengan tidak makan. Ini berbahaya kerana badan tidak mendapat nutrisi secukupnya untuk berfungsi.
5. Meningkatkan tekanan darah Pembuluh darah akan sempit ditambah dengan kadar denyutan nadi yang cepat bila anda berada dalam keadaan tertekan. Dalam kes biasa keadaan ini tidak disedari & menjadi kronik dalam jangka masa yang panjang.
6. Gula dalam darah tidak seimbang Akibat dari pengambilan makanan yang tidak sihat rembesan gula dalam darah juga akan terganggu. Ini membawa kepada kepenatan tidak fokus dan mood swing. Jika berterusan boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes dan hipertensi.
7. Sistem imun terganggu Sistem perlindungan & imun sistem dalam sel badan akan terjejas mengakibatkan seseorang terdedah pada jangkitan penyakit dengan mudah.

Stres dapat diatasi dengan mengamal kehidupan yang sihat terutama dari segi pengambilan makanan yang sihat. Amalkan makan makanan tinggi karbohidrat baik seperti bijirin penuh yang membantu menghasilkan hormon serotonin merangsang mood baik serta memberi tenaga berpanjangan berbanding makanan manis dan bergula. Ia juga tinggi sumber vitamin B yang membantu fungsi kognitif untuk lebih fokus dan positif.

Tambahan lagi beri biru juga merupakan salah satu makanan tinggi antioksidan polyphenol yang bertindak sebagai anti-inflamasi membantu mengurangkan stres.

Ringkasnya pemakanan mempengaruhi kesihatan fizikal serta mental. Amalkan diet dan cara makanan yang sihat membantu mengawal penghasilan hormon yang baik dalam badan serta dapat mengatasi masalah dalam sistem badan.

Ini boleh didapati dalam minuman bijirin GoodMorning® VPlus VGrains VHalia yang diperbuat daripada 18 jenis bijirin penuh premium dengan 5 warna fitonutrien. Fitonutrien adalah bahan kimia tumbuhan yang memberi warna rasa pada tumbuhan serta memberikan perlindungan daripada virus dan bakteria.

18 jenis bijirin ini dengan 5 warna makanan dapat memanfaatkan 5 organ utama dalam tubuh kita;

[/vc_column_text][vc_single_image image=”27636″ img_size=”full”][vc_column_text]Source: MStar Life Line Screening Best Health Mag[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]