Children Eye Health and Safety Months

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Bulan Kesihatan & Keselamatan Mata Kanak-kanak

Mata merupakan organ utama yang digunakan oleh manusia yang mempunyai fungsi besar dalam kehidupan juga antara organ utama yang memberi mesej ke otak. Akan tetapi kita masih lagi kurang kesedaran akan kepentingan kesihatan mata. Di Malaysia satu kajian menunjukkan 1 daripada 10 kanak-kanak tidak menjalani pemeriksaan mata di peringkat awal. Berdasarkan laporan dari WHO (World Health Organization) masalah mata seperti rabun meningkat dikalangan kanak-kanak dan masyarakat Asia lebih terdedah pada masalah ini atas faktor seperti genetik persekitaran dan gaya hidup. Masalah penglihatan juga boleh memberi impak yang serius pada perkembangan sosial dan mental kanak-kanak.

Antara faktor masalah penglihatan dikalangan kanak-kanak;

  1. Gajet. Menghabiskan masa terlalu lama pada skrin gajet memerlukan mata melihat dalam jarak yang dekat dan kurangnya aktiviti mengelipkan mata. Ini menyebabkan ketegangan pada mata dan menyebabkan mata kering dan terjadinya ketidakselesaan mata dan sakit kepala.
  2. Terdedah pada sinaran biru. Di zaman moden ini sukar untuk menghalang 100% dari sinaran atau radiasi. Kebanyakkan alat digital banyak menghasilkan sinaran biru. Jadi adalah penting untuk mengawal kadar cahaya dari barangan digital. Elakkan menggunakan kadar keterangan skrin yang terlalu tinggi.
  3. Genetik. Antara faktor yang membawa kepada masalah penglihatan tetapi hanya dalam peratusan yang rendah. Ini lebih kepada cara dan gaya hidup yang diterapkan ibu bapa kepada anak-anak. Antaranya banyak menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti yang memerlukan mata fokus pada satu tempat seperti membaca dalam kadar cahaya yang kurang.
  4. Faktor pembelajaran. Membaca atau mengulangkaji dalam jangka masa yang panjang juga memberi kesan pada kesihatan mata. Jadi adalah penting untuk mengajar anak-anak langkah untuk merehatkan mata atau melakukan senaman mata setiap 15 minit semasa membaca.
  5. Kurang pengambilan makanan tinggi vitamin A. Sumber vitamin terbaik adalah dari makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kanak-kanak agak sukar untuk mengamalkan makanan seperti ini. Jadi peranan ibu bapa penting dalam memberikan pendedahan pada pengambilan makanan berkhasiat.

[/vc_column_text][vc_single_image image=”18155″ img_size=”full” alignment=”center” title=”VGrains 18 Bijirin dengan 5 warna Fitonutrien”][vc_column_text]

Perlindungan awal untuk mata perlu bagi mengekalkan kesihatan mata dalam jangka masa yang lama. Khasiat dan nutrisi untuk mata boleh diperoleh dari makanan yang baik. GoodMorning VGrains merupakan minuman dari 18 bijirin penuh yang tinggi kandungan phytonutrien yang dipilih dari bijirin yang berkualiti tinggi. Digabungkan dengan ubi keledek ungu dan beri-biru yang kaya dengan anthocyanin untuk perlindungan marula mata. Selain itu ubi keledek melancarkan pergerakan usus membantu detoksifikasi dan menguatkan imun sistem.

[/vc_column_text][etheme_products type=”grid” columns=”4″ ids=”” taxonomies=”167″][vc_column_text]Rujukan:

Heal With Food All About Vision Utusan

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]