Resipi Muffin Pandan Halia oleh Chef Dato’ Fazley Yaakob

This post is also available in: English 中文

Muffin Pandan Halia oleh Chef Dato' Fazley Yaakob

Muffin-Pandan-Halia

Bahan-bahan:

190g tepung

70g VHalia

2 biji telur

1 ½ sudu kecil serbuk penaik

½ sudu kecil baking soda

½ sudu kecil garam

60g gula kastor

60g gula perang

200ml santan

100ml minyak sayuran

1 sudu kecil perisa pandan

Hirisan badam

Panaskan oven pada suhu 180c

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan kering di dalam mangkuk sehingga sebati
  2. Gaulkan semua bahan basah di dalam mangkuk berasingan
  3. Campurkan kedua-dua bahan kering dan basah dan kacau sehingga sebati
  4. Tuangkan ke dalam dulang muffin taburkan hirisan badan dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Hidangkan ketika panas.