Resipi Biskut Bunga Kering Halia oleh Dato’ Fazley Yaakob

This post is also available in: English 中文

Biskut Bunga Kering Halia oleh Chef Dato' Fazley Yaakob

Biskut-Bunga-Kering-VHalia

Bahan-bahan:

180g mentega tanpa garam

130g gula kastor

1 biji telur

2 sudu kecil ekstrak vanila

180g tepung

100g VHalia

1/2 sudu kecil serbuk penaik

1/4 sudu kecil garam

Bunga kering

Cara-cara:

  1. Sediakan bunga kering atau beli di kedai organik.
  2. Ambil kelopak bunga sahaja dan leperkan di antara dua keping kertas parchment dan letak buku berat di atas. Biarkan selama satu jam sebelum digunakan.
  3. Pukul mentega sehingga warnanya pucat dan masukan gula. Pukul sehingga gebu.
  4. Masukan ekstrak vanila dan telur gaulkan sehingga sebati.
  5. Dalam mangkuk berasingan gaulkan semua bahan-bahan kering. Kemudian campur dan gaul bersama adunan mentega.
  6. Bentukan doh seperti bebola dan letakkan di antara dua kertas parchment.
  7. Leperkan sebelum dibiarkan sejuk selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  8. Gulungkan mengikut ketebalan dikehendaki dan potong menggunakan cookie cutter.
  9. Anda boleh gunakan royal icing yang di beli di kedai untuk hias biskut bersama bunga kering dan bakar pada suhu 170c selama 9 hingga 12 minit.