Sakit Badan Mudah Letih dan Sakit Kepala? Amalkan 7 Tips Di Bawah

This post is also available in: 中文 BM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Bismillah
Aku nak berkongsi beberapa tips yang biasanya berlaku pada aku sendiri. Aku merupakan pekerja pejabat yang bekerja di bawah penghawa dingin sepanjang hari tak banyak membuat aktiviti riadah makan pun tak menentu ulang alik dari rumah ke pejabat yang jaraknya 80 kilometer sehari dan punya ibu bapa yang mengidap penyakit berkaitan darah. Siapa yang sama kes ngan aku? Okey kita geng haha.

It’s take time untuk aku explore apa yang perlu dan apa yang jangan untuk kes aku ni. Ia memerlukan komitmen matlamat yang jelas dan semangat sayangkan diri sendiri. Jangan ‘bunuh’ diri sendiri kerana kita tak tau apa yang akan berlaku sekiranya kita tiada nanti.

Dalam kes ni kita ada dua (2) situasi. Situasi pertama (1) ada orang tak nak sakit tapi dia tak boleh tinggalkan perkara-perkara yang boleh membuatkan dia sakit dan situasi kedua (2) ada orang tak mampu untuk mengelakkannya jadi nak tak nak dia kena cari jalan bagaimana dia mengatasi masalah tersebut. Jadi kat sini aku nak kongsi 7 tips jika korang mengalami sakit-sakit badan mudah letih dan sakit kepala akibat stress ataupun kerja.

PERTAMA | Pastikan Tidur Yang Cukup
Aku pasti rata-rata antara kita tak punya masa untuk mendapatkan tidur yang cukup. Mungkin disebabkan kerja online atau online game. Ini realiti keadaan semasa. Aku pernah tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 6 pagi. Kepala aku mula sakit berdenyut-denyut. Rasa mual dan nak muntah. Ada orang tidur lama tapi masih rasa yang sama. Ini disebabkan tidur dorang terganggu atau tak tidur nyenyak. Sekiranya seseorang tidur dengan nyenyak 6 jam tidur sudah memadai. Aku pernah amalkan masa belajar dulu aku akan tidur setengah jam sebelum bangun untuk study pada awal pagi. Aku rasa kepala aku betul-betul fresh tapi makesure korang tidur nyenyak tanpa diganggu.

KEDUA | Naikkan Suhu & Tutup Aircond Seketika
Badan aku sendiri rasa lemau dan sakit-sakit sekiranya seharian menghadap su  hu aircond yang rendah. Urat-urat badan jadi sejuk menyebabkan rasa sakit-sakit badan. Jika keadaan ini berterusan akan menyebabkan angin dalam badan. Kita plak tak mampu untuk suruh management tukar aircond kepada kipas atau minta tukar ke compartment yang lain. Apa yang boleh kita lakukan adalah naikkan suhu aircond atau perlahankan kekuatan kipas aircond. Waktu rehat boleh lah tutup aircond seketika dan jangan lupa pakai baju sejuk sentiasa.

KETIGA | Pakai Baju Tebal & Penutup Hidung
Kaedah ni khas untuk mereka yang menunggang jauh ke tempat kerja. Dengan menghidu asap kenderaan dan habuk di jalan setiap hari boleh menyebabkan kepala kita sakit dan sesak nafas. Lagi-lagi bila ada construction di jalan yang biasa kita lalu waktu tengahari dan panas terik. Nak tak nak kita kena biasakan diri kita untuk pakai penutup hidung atau mask.

Lagi satu pakai baju tebal sekiranya korang pergi kerja pada awal pagi. Embun dan cuaca awal pagi sangat bisa pada badan jadi pastikan pakaian korang cukup tebal untuk elakkan badan korang kesejukan.

 

KEEMPAT | Jangan Ambil Sarapan Macam 10 Orang Makan
Ye sarapan memang penting tapi janganlah ambil sarapan macam kita akan mati esok. Semuanya nak dimakan. Ambil pula yang berat-berat. Tahu tak kita perut mengambil masa selama 6 jam untuk memproses makanan yang dihadam? Kalau kita makan banyak time sarapan pukul 8 pagi belum sempat makanan dicerna kita dah melantak lagi pukul 1 untuk lunch.

Usus yang penuh dan penat membuatkan kita rasa letih dan mengantuk. Sebab itu ambil sarapan sebolehnya awal dalam pukul 7 pagi. Ambil portion untuk bekalan tenaga pagi tersebut sahaja. Kalau lapar ambil portion sedikit demi sedikit secara berterusan sebab aku tau ada antara korang yang kejenya nak mengunyah.

KELIMA | Faktor Pemakanan
Kurangkan lah makanan fast food sebab ia banyak mengandungi MSG dan berminyak. Bukan dalam fast food je malah kalau makanan yang kita pesan kat luar pun banyak letak perasa tambahan. Ditambah plak bila malam-malam lapar plak dibantai makan mee segera. Lagi bertambah sakit kepala korang nanti. Nanti kalau dah tersumbat arteri korang boleh jadi strok tau!

Lebihkan ambil ulam-ulaman dan sayuran hijau. Banyakkan makan buah buahan berserat. Sekurang-kurangnya dapat meneutralkan makanan ‘sampah’ yang korang ambil sepanjang hari. Tambahkan juga dengan pengambilan supplement sebagai makanan tambahan untuk tubuh badan korang. Yang penting supplement itu mendapat sijil Halal JAKIM dan ada sijil kelulusan KKM. Penting untuk dapatkan kelulusan dari badan-badan tersebut supaya kita tak makan supplement yang beracun dan merbahaya.

Elakkan makan makanan yang sejuk. Sejuk yang aku maksudkan bukan berais tapi makanan yang boleh menyebabkan korang angin dan sakit urat. Antaranya adalah seperti kekacang jenis-jenis ubi tumbuhan menjalar seperti tembikai dan labu pucuk ubi pucuk manis nangka cempedak sukun dan banyak lagi.

Untuk itu korang kena lah makan makanan yang mampu membuatkan korang buang angin melancarkan peredaran darah membantu penghadaman dan yang mampu menurunkan kandungan gula darah tinggi tekanan darah tinggi dan juga kolesterol seperti halia buluh kurma quinoa merah beras merah biji rami biji teratai habbatus sauda kacang soya hitam beras pulut biji chia beras perang jagung barli gandum dan banyak lagi.

Susah nak cari bahan-bahan makanan ni? Kalau nak dapatkan satu persatu memang susah la kan tapi kalau aku aku minum GoodMorning VHalia je. Senang sebab semua tu ada dalam satu pek. Dia macam korang makan nestum tapi ia lebih rasa halia. Aku minum secawan setiap pagi. Kalau aku minum GoodMorning VHalia ni memang aku tak ambil breakfast la sebab agak mengenyangkan. Lepas tu mula sendawa dan kentut. Serius ini pengalaman aku.

Mungkin sebab badan aku banyak angin kot. Lepas tu aku mudah nak membuang air. Lawas rasanya. Sekarang ni aku amalkan minum Good Morning VHalia ni je setiap pagi. Kadang-kadang malam aku minum gak secawan. Kalau aku kenyang tak la. Badan aku rasa ringan. Nak bangun awal pagi pun senang haha. Kurang dah rasa sakit-sakit belakang badan. Kurang rasa loya dan sakit kepala. Korang cuba la mana tau boleh kurangkan rasa sakit-sakit badan rasa lenguh dan sakit kepala korang tu. Good Morning VHalia boleh didapati di Guardian Caring kedai-kedai farmasi dan korang juga boleh membuat pesanan secara online! Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

KEENAM | Berurut Badan
Dulu aku tak pernah tau pasal berurut badan dan aku tak rasa pun keperluan urut badan. Aku ingat berurut badan tu untuk orang tua dan orang mengandung je. Tapi lepas aku kemalangan badan aku jadi sakit-sakit. Semenjak itu aku berurut badan. Fungsi berurut badan adalah membetulkan urat-urat yang salah atau urat-urat yang masuk angin. So kalau korang biasa naik motor untuk perjalanan jauh tu selalu berada dalam suhu yang sejuk better korang berurut badan. Berurut la dalam sebulan sekali. Korang akam rasa ringan badan nanti.

KETUJUH | Berbekam
Berbekam adalah sunnah dan fungsi berbekam adalah untuk membuang darah kotor dan toksin di bawah lapisan epidermis kulit. Aku pernah berbekam sebelum ni. Cari lah pakar bekam yang bertauliah. Setiap kali berbekam korang akan disediakan dengan jarum yang baru. Tidak ada istilah jarum pakai guna! Hari tu time aku berbekam aku dapat tengok banyak darah kotor dan hitam dikeluarkan. Ada darah yang berbuih ada cecair jernih dan darah yang berwarna gelap. Semua tu membawa maksud tersendiri.

Contohnya darah yang mempunyai lapisan jernih adalah kolesterol yang terkumpul di bawah kulit manakala darah yang cerah dan berbuih disebabkan darah kita banyak angin. Masa aku buat hari tu aku buat sekali kat kepala. Perghh memang ringan kepala aku. Hilang rasa sakit. Banyak buih kat darah dalam kepala aku. Aku buat 13 cup satu badan baru RM50 je termasuk bekam angin.

So macamana tips yang aku kongsikan ni? Ni antara kaedah-kaedah yang telah aku lakukan sepanjang masa ni. Tapi bab makanan tu memang memerlukan kekuatan mental. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kalau korang rajin aku nak tambah satu lagi tips yang boleh korang amalkan. Cubalah berpuasa kerana puasa mampu mengelakkan korang daripada mengidap penyakit merbahaya.

Semoga sedikit sebanyak aku dapat berkongsi sesuatu dalam artikel kali ini. Selamat beramal.

By Afzalsukasuki[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]